Tukar bunyi amaran anda
Apabila anda cuba untuk melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan, atau jika Mac anda memerlukan input atau maklumat lanjut, mesej amaran muncul pada skrin anda dan bunyi amaran dimainkan. Anda boleh menukar bunyi amaran dan menetapkan kelantangannya.
Sebelum anda bermula, buka anak tetingkap Kesan Bunyi keutamaan Bunyi (pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bunyi, kemudian klik Kesan Bunyi).
Buka anak tetingkap Kesan Bunyi untuk saya
Pilih bunyi amaran
Klik bunyi dalam senarai.
Anda juga boleh pratonton bunyi amaran dengan mengkliknya pada senarai.
Laraskan bunyi amaran
Anda boleh laraskan mana-mana daripada berikut:
Ubah di mana anda mendengar amaran: Biasanya anda memainkan kesan bunyi melalui speaker dalaman komputer anda, tetapi jika peranti output bunyi lain tersedia, anda boleh memilihnya dari menu timbul “Main kesan bunyi melalui”.
Laraskan kelantangan amaran: Seret penggelongsor kelantangan Amaran. Kelantangan amaran adalah relatif kepada kelantangan output komputer anda, jadi jika anda mengurangkan kelantangan komputer, bunyi amaran juga dikurangkan.
Pilih sama ada untuk mendengar kesan bunyi antara muka pengguna: Mac anda memainkan kesan bunyi apabila anda melaksanakan tindakan tertentu, seperti menyeret item ke Sampah. Untuk nyahaktifkan kesan bunyi, nyahpilih kotak semak “Main kesan bunyi antara muka pengguna”.
Pilih sama ada untuk mendengar kesan bunyi apabila anda mengubah kelantangan: Pada sesetengah papan kekunci, apabila anda menekan salah satu daripada kekunci kelantangan, bunyi amaran dimainkan untuk membolehkan anda mendengar kelantangan yang baru. Untuk mencegah bunyi ini, nyahpilih kotak semak “Main maklum balas bila kelantangan diubah”. Untuk membatalkan seting ini buat sementara waktu, tekan terus kekunci Shift apabila anda menekan kekunci kelantangan. (Tidak semua papan kekunci mempunyai kekunci kelantangan.)
Untuk membolehkan skrin berkerlip apabila amaran muncul, pilih pilihan dalam anak tetingkap Audio dari Keutamaan Kebolehcapaian (pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Audio).