Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kawal akses kepada folder Awam anda
Anda boleh menyediakan folder Awam anda supaya pengguna lain pada rangkaian boleh mengakses fail di dalamnya.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Perkongsian.
Jika perkongsian fail belum lagi diaktifkan, pilih kotak semak Perkongsian Fail.
Di bawah Folder Dikongsi, pilih folder Awam anda.
Di bawah Pengguna, pilih satu seting dari menu timbul Semua Orang.
Baca & Tulis: Pengguna boleh melihat dan menyalin fail ke folder dan juga dari folder.
Baca Sahaja: Pengguna boleh melihat kandungan folder tetapi tidak boleh menyalin fail kepadanya.
Tulis Sahaja (Drop Box): Pengguna boleh menyalin fail ke folder tetapi tidak boleh melihat kandungannya.
Tiada Akses: Pengguna tidak boleh melihat atau menyalin fail dari folder.