Akses folder Awam dan Drop Box pengguna Mac
Pengguna Mac lain dalam rangkaian setempat anda boleh berkongsi fail dengan anda dengan memasukkannya dalam folder Awam mereka. Anda juga boleh berkongsi fail anda dengan pengguna Mac setempat dengan memasukkannya ke dalam Drop Box mereka (folder dalam folder Awam).
Klik desktop untuk pastikan yang anda dalam Finder.
Dalam bar sisi Finder, di bawah Dikongsi, klik komputer yang anda mahu berkongsi fail.
Jika anda tidak melihat komputer di bawah Dikongsi, lihat Sambung ke komputer yang dikongsi dan pelayan fail dalam rangkaian.
Klik folder Awam pengguna.
Jika anda tidak nampak folder Awam pada Mac yang lain, pastikan perkongsian failnya diaktifkan. Lihat Gunakan perkongsian fail.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Seret fail daripada folder Awam pengguna ke komputer anda.
Seret fail daripada komputer anda ke Drop Box dalam folder Awam pengguna.
Jika anda tahu nama komputer yang ditentukan dalam keutamaan Perkongsian pengguna lain, anda boleh bersambung ke Mac lain dengan memilih Pergi > Sambung ke Pelayan dan masukkan nama.