Cipta akaun pengguna berkongsi sahaja
Jika anda mahu memberikan seseorang akses terhad kepada komputer anda, anda boleh mencipta akaun pengguna berkongsi sahaja untuk membolehkan orang itu hanya mengakses fail dan folder yang anda tentukan sahaja.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan.
Klik ikon kunci di bahagian bawah anak tetingkap, masukkan nama pentadbir dan kata laluan, kemudian klik Buka Kunci.
Klik butang Tambah di bahagian bawah senarai pada sebelah kiri.
Klik menu timbul Akaun Baru, kemudian pilih Perkongsian Sahaja.
Taip nama dan kata laluan untuk pengguna.
Klik Cipta Pengguna.
Anda juga boleh mencipta akaun perkongsian sahaja untuk satu daripada kenalan anda apabila anda menyediakan perkongsian fail.
Anda boleh menentukan folder yang boleh diakses pengguna dan aras akses yang dipunyai pengguna (lihat Sediakan perkongsian fail). Anda boleh juga menentukan pengguna mana yang boleh berkongsi skrin anda (lihat Sediakan perkongsian skrin).