![](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/f4bdb9a0a7d110005920864e2f5b3dc2.png)
Tukar seting Penjimat Kuasa pada komputer desktop Mac
Gunakan seting Penjimat Kuasa untuk mengeset pilihan yang mengawal penggunaan tenaga komputer desktop Mac anda.
![Logo ENERGY STAR](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/eb0a4fc710b1b1b6a857caa822aa3ef5.png)
Sebagai rakan ENERGY STAR®, Apple telah menentukan konfigurasi standard Mac anda memenuhi garis panduan ENERGY STAR® untuk kecekapan tenaga.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ENERGY STAR, lihat tapak web ENERGY STAR.
Nota: Sesetengah daripada pilihan mungkin tidak tersedia, bergantung pada Mac anda.
Untuk membuka anak tetingkap, pilih menu Apple dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Penjimat Kuasa untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Elakkan tidur secara automatik apabila paparan tidak aktif | Elakkan Mac anda daripada tidur secara automatik apabila paparannya tidak aktif. |
Bangun untuk akses rangkaian | Walaupun dalam mod tidur, bangunkan Mac anda untuk memberikan akses kepada sumber dikongsi, seperti pencetak dikongsi atau senarai main Muzik. |
Mulakan secara automatik selepas gangguan bekalan kuasa | Mulakan Mac anda selepas gangguan bekalan kuasa. |
Dayakan Power Nap | Jadikan Mac anda menyemak e-mel, kalendar dan kemas kini iCloud lain semasa tidur. |
Pilihan UPS | Setkan masa atau paras bateri untuk Mac anda tutup semasa menggunakan UPS. Lihat Setkan masa Mac anda tutup apabila menggunakan UPS. |
Jika anda mahu mematikan paparan anda selepas tempoh tidak aktif, lihat Tukar seting Skrin Kunci.