Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](https://help.apple.com/assets/5AA195BD094622847B7F3DA3/5AA195BE094622847B7F3DAA/ms_MY/94713bb0f9a1091578bcbee721e90d36.png)
Gunakan HomePod dengan Mac anda
AirPlay membolehkan anda menstrim kandungan, seperti muzik dan podcast, daripada iTunes pada Mac anda ke HomePod anda.
Pastikan Mac dan HomePod anda berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama.
Buka iTunes pada Mac anda.
Klik butang AirPlay
disebelah kanan gelangsar kelantangan dalam iTunes. (Butang ini hanya muncul jika HomePod anda atau peranti luaran lain berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama dengan Mac anda.)
Pilih kotak semak bersebelahan HomePod anda dalam senarai peranti, kemudian pilih sesetengan kandungan untuk distrim daripada komputer anda.
Nota: Jika anda memilih HomePod anda daripada senarai “Tukar ke”, anda boleh menukar dan mengawal sumber audio yang bermain menerusi HomePod anda, seperti Apple Music, daripada tetingkap iTunes.