Gunakan pengesahan dua faktor untuk keselamatan
Pengesahan dua faktor adalah lapisan keselamatan tambahan untuk Apple ID anda, direka untuk memastikan anda seorang sahaja yang boleh mengakses akaun anda—walaupun seseorang mengetahui kata laluan anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan Dua Faktor untuk Apple ID.
Aktifkan pengesahan dua faktor untuk Apple ID anda
Anda boleh mengaktifkan pengesahan dua faktor semasa menyediakan Mac baru atau ikut langkah di bawah pada bila-bila masa untuk mengaktifkannya dalam keutamaan iCloud.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Butiran Akaun, kemudian masukkan kata laluan Apple ID anda password, jika diminta.
Klik Keselamatan, klik Sediakan Pengesahan Dua Faktor, kemudian klik Teruskan.
Jawab soalan pengesahan, kemudian kik Sahkan.
Masukkan nombor telefon anda untuk pengesahan, pilih kaedah pengesahan, kemudian Teruskan.
Apabila ditanya, sahkan identiti anda dengan kod pengesahan enam digit yang dihantar ke iPhone anda. Anda tidak diminta kod pengesahan lagi pada Mac anda melainkan anda mendaftar keluar daripada iCloud sepenuhnya, memadam Mac anda atau perlu menukar kata laluan atas sebab keselamatan.
Daftar masuk dengan pengesahan dua faktor
Kod pengesahan ialah kod sementara yang dihantar ke peranti atau nombor telefon dipercayai anda apabila anda mendaftar masuk ke peranti atau pelayar baru dengan Apple ID anda.
Apabila anda diminta kod pengesahan, cari pemberitahuan pada nombor telefon dipercayai atau pada sebarang peranti dipercayai anda.
Untuk menghantar kod ke nombor telefon dipercayai, klik “Tidak dapat kod pengesahan?” dalam pemberitahuan, kemudian pilih nombor telefon.
Pada peranti dipercayai, ketik atau klik Benarkan untuk melihat kod pada peranti itu.
Masukkan kod pada Mac anda.
Dapatkan kod pengesahan pada Mac, walaupun ia di luar talian
Jika anda tidak menerima kod pengesahan pada telefon atau peranti dipercayai anda atau jika tiada yang tersedia, anda boleh mendapatkan kod pengesahan dalam keutamaan iCloud, walaupun Mac anda di luar talian.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Butiran Akaun, kemudian masukkan kata laluan Apple ID anda password, jika diminta.
Klik Keselamatan.
Klik Dapatkan Kod Pengesahan.
Tulis kod pengesahan atau masukkannya dalam pemberitahuan, kemudian klik OK.
Tambah peranti dipercayai
Untuk membuatkan Mac (OS X El Capitan atau lebih baru) atau peranti iOS (iOS 9 atau lebih baru) peranti dipercayai, anda mesti mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID pada Mac atau peranti.
Menggunakan Mac: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik iCloud, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik Daftar Masuk. Masukkan kod laluan yang anda gunakan untuk membuka kunci Mac atau peranti dipercayai anda yang lain, kemudian klik Teruskan. Pilih pilihan app iCloud yang anda mahu, kemudian klik Seterusnya.
Menggunakan peranti iOS: Ketik Seting > [nama anda] (di bahagian atas skrin). Jika anda menggunakan iOS 10.2 atau lebih awal, ketik Seting > iCloud. Sahkan identiti anda dengan kod pengesahan enam digit.
Jika anda didaftar masuk sebelum ini, daftar masuk lagi.
Anda tidak diminta kod pengesahan lagi pada peranti itu melainkan anda mendaftar keluar daripada iCloud sepenuhnya, memadam peranti anda atau perlu menukar kata laluan atas sebab keselamatan.
Tambah atau keluarkan nombor telefon dipercayai
Anda mesti mengesahkan sekurang-kurangnya satu nombor telefon dipercayai untuk mendaftar dalam pengesahan dua faktor.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Butiran Akaun, kemudian masukkan kata laluan Apple ID anda password, jika diminta.
Klik Keselamatan, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tambah nombor telefon: Klik butang Tambah , masukkan nombor telefon dan pilih kaedah pengesahan, kemudian klik Teruskan.
Keluarkan nombor telefon: Pilih nombor telefon, klik butang Keluarkan , kemudian klik Keluarkan.
Nombor telefon dipercayai anda muncul dalam senarai.
Klik Selesai.
Lihat atau keluarkan peranti dipercayai
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Butiran Akaun, kemudian masukkan kata laluan Apple ID anda password, jika diminta.
Klik Peranti, kemudian klik peranti dalam senarai.
Untuk mengeluarkan peranti dipercayai, klik Keluarkan daripada Akaun, kemudian klik Keluarkan.
Klik Selesai.
Nyahaktifkan pengesahan dua faktor
Klik Edit dalam anak tetingkap Keselamatan, kemudian klik Aktifkan Pengesahan Dua Faktor.
Anda juga boleh nyahaktifkan pengesahan dua faktor dan urus peranti dan nombor telefon dipercayai anda dengan mendaftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda.