![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/058e4af8e726290f491044219d2eee73.png)
Jika anda tidak boleh mengalihkan atau menyalin item pada Mac
Jika anda tidak boleh mengalihkan atau menyalin fail atau folder, anda mungkin perlu menukar seting keizinannya. Anda juga mungkin perlu menukar seting keizinan untuk cakera, pelayan, atau folder di tempat anda mahu mengalihkan item itu.
Pada Mac anda, pilih item, kemudian pilih Fail > Dapatkan Info, atau tekan Command–I.
Klik anak panah
bersebelahan Perkongsian & Keizinan untuk mengembangkan bahagian.
Klik menu timbul bersebelahan nama pengguna anda untuk melihat seting keizinan.
Jika anda tidak log masuk sebagai pentadbir, anda mungkin perlu mengklik kunci
untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir (atau gunakan Touch ID atau Apple Watch anda).
Tukar keizinan kepada sama ada Baca & Tulis atau “Baca Sahaja.”
Jika anda perlu, tukar keizinan untuk lokasi tempat anda mahu letakkan item juga.
Jika anda tidak boleh menukar keizinan, hubungi pentadbir Mac anda atau pemilik fail atau folder.