Tukar keutamaan Privasi pada Mac
Gunakan anak tetingkap Privasi dari keutaman Keselamatan & Privasi untuk mengurus maklumat yang Mac anda jadikan tersedia kepada orang lain pada Internet atau rangkaian.
Untuk membuka anak tetingkap ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya
Perkhidmatan Lokasi | Apabila anda mendayakan Perkhidmatan Lokasi, anda membenarkan app, perkhidmatan sistem dan tapak web untuk menggunakan lokasi semasa Mac anda untuk memberikan maklumat, perkhidmatan dan ciri-ciri yang sesuai di mana anda berada. Untuk melihat perkhidmatan sistem tertentu yang menggunakan lokasi anda, klik butang Butiran. Cadangan Berdasarkan Lokasi membenarkan lokasi Mac anda digunakan oleh Cadangan Spotlight dan Cadangan Safari. |
Kenalan, Kalendar, Peringatan dan Foto | Menunjukkan app yang telah meminta akses ke kenalan, kalendar, peringatan, atau foto anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengakses maklumat ini. Nota: Dalam Foto, jika anda mempunyai item yang disimpan di luar Pustaka Foto, app lain mungkin masih mempunyai akses ke item. |
Kamera | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada kamera pada Mac. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal kamera anda. |
Mikrofon | Menunjukkan app yang telah meminta akses kepada mikrofon pada Mac. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal mikrofon anda. |
Kebolehcapaian | Menunjukkan app yang menjalankan skrip dan arahan sistem untuk kawal Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal Mac anda. |
Akses Cakera Penuh | Menunjukkan app yang boleh mengakses data daripada app lain (termasuk Mail, Mesej, Safari dan Rumah), data daripada sandaran Time Machine dan seting pentadbiran tertentu untuk semua pengguna pada Mac ini. |
Automasi | Menunjukkan app yang boleh mengakses dan mengawal app lain pada Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal app lain. |
Analitis | Untuk membantu Apple dan pembangun lain memberi khidmat kepada pelanggan yang lebih baik dan memperbaiki kualiti produk mereka, anda boleh memilih untuk menghantar maklumat analitis ke Apple dan pembangun app. Lihat Kongsi maklumat analitis daripada Mac anda dengan Apple. |
Pengiklanan | Kadangkala anda akan menerima iklan dalam app Apple dan pada peranti macOS anda yang menyasarkan minat anda. Untuk menghadkan iklan ini, klik kotak semak Hadkan Penjejakan Iklan. Anda mungkin masih menerima iklan, namun ia tidak akan dihantar berdasarkan data yang ditangkap oleh penjejakan iklan. Untuk melihat maklumat tentang peranti anda yang digunakan untuk menghantar iklan kepada anda dalam Apple News, Saham dan Mac App Store, klik Lihat Maklumat Iklan. Untuk menyemak dasar Pengiklanan dan Privasi Apple, klik Perihal Pengiklanan dan Privasi. |
Kunci | Mengunci atau membuka kunci keutamaan Keselamatan & Privasi. Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir. |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang privasi dalam macOS, lihat Kawal privasi anda.