Cadangan Safari

Perihal Carian Safari & Privasi

Safari mempunyai satu medan untuk carian dan alamat web supaya anda boleh melayari web dari satu tempat yang sesuai. Apabila Cadangan Enjin Carian didayakan, Safari akan meminta enjin carian pilihan anda untuk cadangan carian berdasarkan pada yang anda taipkan.

Siri menganalisis cara anda menggunakan peranti anda untuk membekalkan cadangan diperibadikan dan carian yang lebih baik

Siri belajar cara anda menggunakan peranti anda untuk memperibadikan pengalaman anda. Menggunakan maklumat yang disimpan pada peranti anda, seperti sejarah pelayaran Safari, e-mel, mesej dan kenalan anda, serta maklumat yang disumbangkan oleh app lain yang dipasang, Siri boleh memberikan cadangan dalam carian, Rujuk, News, Memori Foto dan banyak lagi. Anda boleh melihat senarai penuh ciri yang diperibadikan oleh Siri dalam bahagian Siri pada Seting.

Pemeribadian diselaraskan merentasi peranti anda dengan penyulitan hujung ke hujung

Siri menyelaraskan maklumat ini dengan selamat antara peranti anda, membuatkan pengalaman anda konsisten pada kesemuanya. Penyelarasan ini diselesaikan menggunakan penyulitan hujung ke hujung.

Untuk membuat cadangan dan hasil carian yang lebih berkaitan, sesetengah maklumat dihantar kepada Apple dan tidak berkaitan dengan anda

Dalam sesetengah keadaan, seperti apabila anda menggunakan Cadangan Siri dalam Carian, Rujuk, atau Safari, topik minat umum yang dipelajari oleh Siri mungkin dihantar kepada Apple untuk menjadikan carian anda lebih berkaitan. Topik menarik (sebagai contoh, memasak dan bermain bola keranjang) akan membantu memberikan anda hasil carian yang lebih berkaitan dan kami menggunakan teknik mesra privasi untuk memisahkan topik menarik ini daripada anda.

Sebagai tambahan kepada topik menarik ini, apabila anda melakukan carian, peranti anda menghantar pertanyaan carian, cadangan yang anda pilih dan data penggunaan berkaitan kepada Apple untuk memproses permintaan anda. Maklumat ini tidak berkaitan dengan anda. Hasil carian yang menunjukkan fail dan kandungan pada peranti anda tidak akan dihantar.

Jika anda mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada peranti, lokasi peranti anda akan dihantar kepada Apple untuk membekalkan pengesyoran yang lebih berkaitan. Untuk memberikan anda cadangan muzik dan video yang lebih berkaitan, jika peranti anda boleh mengakses perkhidmatan langganan muzik atau video, maka maklumat seperti nama perkhidmatan langganan dan jenis langganan mungkin dihantar kepada Apple. Nama akaun, nombor dan kata laluan anda tidak akan dihantar ke Apple. Lokasi, pertanyaan carian, minat anda dan maklumat penggunaan yang dihantar ke Apple akan hanya digunakan oleh Apple untuk menjadikan Cadangan lebih berkaitan dan mempertingkatkan produk dan perkhidmatan Apple yang lain.

Untuk menunjukkan hasil daripada enjin carian web, perkataan dan frasa biasa yang dikumpul dari semasa ke semasa daripada carian biasa mungkin dimajukan daripada Apple ke enjin carian web.

Anda mempunyai pilihan dan kawalan

Anda boleh hentikan app daripada menyumbang maklumat untuk memperibadikan Siri. Pergi ke Seting, kemudian ketik Siri & Carian dan skrol ke bawah untuk mencari app yang anda mahu nyahdayakan. Ketik pada nama App dan togol suis Carian dan Cadangan Siri ke “tak aktif”.

Jika anda tidak mahu Cadangan Siri menghantar maklumat anda kepada Apple, anda boleh nyahaktifkan Cadangan Siri. Anda boleh melakukannya di bawah Seting, ketik Siri & Carian dan luncurkan suis Cadangan dalam Carian atau Cadangan dalam Rujuk ke “tak aktif”. Cadangan Safari boleh dinyahaktifkan dalam Seting, ketik Safari dan luncur Cadangan Safari ke “tak aktif”.

Anda boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Cadangan Siri. Untuk berbuat demikian, buka Seting, ketik Privasi, ketik Perkhidmatan Lokasi, ketik Perkhidmatan Sistem dan luncur suis Lokasi Berdasarkan Cadangan ke “tak aktif”. Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada peranti anda, lokasi tepat anda tidak akan dihantar kepada Apple. Untuk menghantar cadangan carian yang relevan, Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan Internet anda untuk menentukan lokasi anda, dengan memadankannya ke rantau geografi.

Pramuat Hasil Teratas

Dengan Pramuat Hasil Teratas didayakan, sebaik sahaja Safari ditentukan sebagai Hasil Teratas berdasarkan penanda buku dan sejarah pelayaran anda, Safari akan mula memuatkan halaman web dalam latar belakang. Jika anda nyahdayakan pilihan ini, halaman kan memuatkan seperti biasa.

Maklumat yang dikumpul oleh Apple akan dikendalikan selaras dengan Dasar Privasi Apple, yang boleh dijumpai www.apple.com/my/privacy.