Keutamaan privasi
Gunakan anak tetingkap Privasi dari keutaman Keselamatan & Privasi untuk mengurus maklumat yang Mac anda jadikan tersedia kepada orang lain pada Internet atau rangkaian.
Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya
Perkhidmatan Lokasi | Apabila anda mendayakan Perkhidmatan Lokasi, anda membenarkan app, perkhidmatan sistem dan tapak web untuk menggunakan lokasi semasa Mac anda untuk memberikan maklumat, perkhidmatan dan ciri-ciri yang sesuai di mana anda berada. Untuk melihat perkhidmatan sistem tertentu yang menggunakan lokasi anda, klik butang Butiran. Cadangan Berdasarkan Lokasi membenarkan lokasi Mac anda digunakan oleh Cadangan Spotlight dan Cadangan Safari. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Menguruskan app yang mana boleh mengesan lokasi anda. |
Kenalan, Kalendar, Peringatan dan Foto | Menunjukkan app yang mahu mengakses kenalan, kalendar, peringatan, atau foto anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengakses maklumat ini. |
Kebolehcapaian | Menunjukkan app yang menjalankan skrip dan arahan sistem untuk kawal Mac anda. Nyahpilih app jika anda mahu menghalangnya daripada mengawal Mac anda. |
Analitis | Untuk membantu Apple dan pembangun lain memberi khidmat kepada pelanggan yang lebih baik dan memperbaiki kualiti produk mereka, anda boleh memilih untuk menghantar maklumat analitis ke Apple dan pembangun app. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kongsi maklumat analitis dengan Apple. |
Akaun lain | Jika anda mendaftar masuk ke media sosial atau akaun Internet lain, app yang mahu mengakses akaun ditunjukkan. |
Kunci | Mengunci atau membuka kunci keutamaan Keselamatan & Privasi. Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir. |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang privasi dalam macOS, lihat Cara untuk mengawal privasi anda pada Mac.