Tukar gambar orang dalam app pada Mac
Anda boleh menambah atau menukar gambar anda yang ditunjukkan dalam tetingkap log masuk dan dalam pelbagai app pada Mac anda dan pilih gambar untuk digunakan kepada rakan, keluarga dan kenalan lain.
Gambar pengguna anda
Tukar gambar yang muncul bersebelahan nama anda atau nama pengguna lain dalam tetingkap log masuk.
Gambar anda dalam Mesej
Orang lain melihat gambar yang mereka simpan untuk anda dalam app Kenalan mereka dan anda melihat gambar yang anda simpan untuk mereka dalam Kenalan anda. Jika gambar tidak tersedia, monogram ditunjukkan.
Gambar anda dalam Mail
Mail boleh menunjukkan gambar untuk anda dan untuk orang lain yang menghantar e-mel kepada anda, bergantung pada gambar yang tersedia dalam app Kenalan. Gambar ditunjukkan kepada anda sahaja; ia tidak termasuk dalam e-mel anda. Lihat Tunjukkan gambar orang dalam Mail.
Gambar dalam Kenalan
Termasuk gambar anda dalam kad kenalan anda. Anda juga boleh menggunakan gambar orang lain dalam kad kenalan mereka (gambar mungkin muncul dalam app lain). Kenalan anda tidak melihat gambar yang anda pilih—hanya anda yang dapat melihatnya. Lihat Tambah atau tukar gambar kenalan.