Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika Mac anda terus meminta kata laluan rantai kunci anda
Rantai kunci anda mungkin dikunci secara automatik jika komputer anda tidak aktif untuk suatu tempoh masa atau kata laluan pengguna dan kata laluan rantai kunci anda tidak selaras. Anda boleh setkan tempoh masa Akses Rantai Kunci menunggu sebelum memerlukan anda memasukkan kata laluan anda lagi secara automatik.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, klik “log masuk” dalam senarai Rantai Kunci.
Pilih Edit > Tukar Seting untuk Rantai Kunci “log masuk.”
Pilih kotak semak “Kunci selepas”, kemudian masukkan bilangan minit.
Jika anda mahu untuk memerlukan kata laluan setiap kali komputer tidur, pilih kotak semak “Kunci apabila sedang tidur“.
Klik Simpan.
Lihat jugaApakah Akses Rantai Kunci pada Mac?