Meminta sijil daripada autoriti sijil dalam Akses Rantai Kunci pada Mac
Gunakan Pembantu Sijil dalam Akses Rantai Kunci untuk meminta sijil daripada autoriti sijil.
Anda boleh mendapatkan banyak sijil yang ditandatangani oleh CA berlainan yang mana setiap daripadanya sah untuk tujuan berlainan dan tertakluk kepada polisi berlainan. Sebagai contoh, anda boleh mempunyai satu sijil yang membolehkan anda menandatangani e-mel dan satu lagi yang membolehkan anda mengenal pasti diri anda sendiri dalam Mesej.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Pergi ke app Akses Rantai Kunci pada Mac anda.
Untuk membuka Akses Rantai Kunci, cari Akses Rantai Kunci dalam Spotlight, kemudian tekan Return.
Pilih Akses Rantai Kunci > Pembantu Sijil > Minta Sijil daripada Autoriti Sijil.
Masukkan alamat e-mel, nama dan alamat e-mel bagi autoriti sijil yang anda ingin berikan sijil, kemudian klik Teruskan.
Untuk mengubah cara pasangan kunci dihasilkan, klik “Biar saya tentukan maklumat pasangan kunci”. Kemudian pilih saiz kekunci dan algoritma dan klik Teruskan.
Nota: Anda boleh cipta kekunci RSA sehingga 4096 bit. Kekunci RSA lebih kecil daripada 2048 bit tidak lagi disokong.
Semak semula sijil, kemudian klik Selesai.
Klik Teruskan.
Permintaan untuk sijil dihantar ke autoriti sijil. Jika autoriti bersetuju, ia akan mencipta sijil anda dan kembalikannya kepada anda sebagai lampiran e-mel.