Import dan eksport item rantai kunci menggunakan Akses Rantai Kunci pada Mac
Anda boleh mengeksport sesetengah item rantai kunci (contohnya, sijil dan kunci) daripada satu komputer dan kemudian mengimportnya ke dalam Akses Rantai Kunci pada komputer lain.
Nota: Anda tidak boleh mengeksport kata laluan daripada Akses Rantai Kunci. Lihat Panduan Pengguna Kata Laluan.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Import item rantai kunci
Pergi ke app Akses Rantai Kunci pada Mac anda.
Untuk membuka Akses Rantai Kunci, cari Akses Rantai Kunci dalam Spotlight, kemudian tekan Return.
Pilih Fail > Import Item.
Navigasi ke fail item rantai kunci yang anda ingin import dan pilih ia.
Dalam menu timbul Rantai Kunci Destinasi, pilih rantai kunci yang anda ingin import, kemudian klik Buka.
Eksport item rantai kunci
Pergi ke app Akses Rantai Kunci pada Mac anda.
Untuk membuka Akses Rantai Kunci, cari Akses Rantai Kunci dalam Spotlight, kemudian tekan Return.
Pilih item yang anda mahu eksport dalam tetingkap Akses Rantai Kunci.
Pilih Fail > Eksport Item.
Jika menu Item Eksport dimalapkan, sekurang-kurangnya satu daripada item yang dipilih tidak dapat dieksport.
Pilih lokasi untuk simpan item rantai kunci anda, klik menu timbul Format Fail, kemudian pilih jenis fail.
Klik Simpan.
Masukkan kata laluan.
Kata laluan diperlukan untuk akses item rantai kunci yang dieskport apabila anda import mereka pada komputer lain. Beberapa item yang dieksport, seperti kunci umum, tidak memerlukan kata laluan.
Untuk berkongsi kata laluan daripada Mac anda dengan selamat, lihat Kongsi kata laluan atau kunci laluan dengan orang yang anda percayai, Kongsi kata laluan dan kunci laluan secara selamat dengan AirDrop, serta Cari dan kongsi kata laluan Wi-Fi anda.