Cipta sijil ditandatangani sendiri dalam Akses Rantai Kunci pada Mac
Anda boleh mencipta sijil ditandatangani sendiri menggunakan Pembantu Sijil dalam Akses Rantai Kunci. Sijil ditandatangani sendiri tidak memberi jaminan keselamatan bagi sijil yang ditandatangani oleh autoriti sijil tetapi ia berguna jika individu yang menandatanganinya seorang yang dipercayai.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Pergi ke app Akses Rantai Kunci pada Mac anda.
Untuk membuka Akses Rantai Kunci, cari Akses Rantai Kunci dalam Spotlight, kemudian tekan Return.
Pilih Akses Rantai Kunci > Pembantu Sijil > Cipta Sijil.
Masukkan nama untuk sijil.
Pilih jenis identiti, kemudian pilih jenis sijil.
Untuk penerangan tentang jenis sijil, klik Ketahui Lanjut.
Untuk menentukan maklumat dalam sijil secara manual, seperti pasangan kekunci, sambungan dan penyulitan, klik "Benarkan saya menggantikan lalai," kemudian ikut arahan. Jika anda mempunyai soalan ketika mencipta sijil anda, klik Ketahui Lanjut.
Nota: Anda boleh cipta kekunci RSA sehingga 4096 bit. Kekunci RSA lebih kecil daripada 2048 bit tidak lagi disokong.
Klik Cipta.
Semak semula sijil, kemudian klik Selesai.