Pintasan papan kekunci dalam Akses Rantai Kunci pada Mac
Dalam Akses Rantai Kunci pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Akses Rantai Kunci di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Umum
Tindakan | Pintasan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Buka Seting | Command-, (koma) | ||||||||||
Buka Pemapar Tiket | Option-Command-K | ||||||||||
Sembunyikan Akses Rantai Kunci | Command-H | ||||||||||
Keluar daripada Akses Rantai Kunci | Command-Q | ||||||||||
Cipta item kata laluan baru | Command-N | ||||||||||
Cipta item nota selamat baru | Shift-Command-N | ||||||||||
Cipta rantai kunci baru | Option-Command-N | ||||||||||
Import item | Shift-Command-I | ||||||||||
Eksport item | Shift-Command-E | ||||||||||
Tambah rantai kunci sedia ada | Shift-Command-A | ||||||||||
Padam log masuk rantai kunci | Option-Command-Delete Nota: Perintah ini hanya berfungsi untuk rantai kunci tersuai. | ||||||||||
Kunci log masuk rantai kunci | Command-L Nota: Perintah ini tidak berfungsi untuk rantai kunci log masuk atau iCloud. | ||||||||||
Sembunyikan atau tunjukkan bar sisi Pemapar Rantai Kunci | Control-Command-S | ||||||||||
Buka Pemapar Rantai Kunci | Command-1 |