Jika anda kerap diminta untuk membuka kunci rantai kunci anda
Rantai Kunci anda mungkin dikunci secara automatik jika komputer anda tidak aktif untuk suatu tempoh masa atau kata laluan pengguna dan kata laluan rantai kunci anda tidak selaras.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Selaraskan kata laluan rantai kunci dan kata laluan pengguna anda
Jika anda diminta dengan kerap untuk membuka kunci rantai kunci anda, kata laluan pengguna anda (yang anda gunakan untuk log masuk ke Mac anda) mungkin tidak selaras dengan kata laluan log masuk rantai kunci. Apabila anda pertama kali sediakan akaun anda pada Mac anda, kata laluan pengguna anda dan kata laluan rantai kunci adalah sama. Apabila anda log masuk ke komputer anda, Akses Rantai Kunci membuka kunci rantai kunci log masuk secara automatik.
Dalam sesetengah keadaan—jika, sebagai contoh, kata laluan pengguna diubah—ia boleh jadi tidak selaras dengan kata laluan rantai kunci.
Klik “log masuk” dalam senarai Rantai Kunci.
Pilih Edit > Ubah Kata Laluan untuk Rantai Kunci “log masuk.”
Jika rantai kunci dikunci, masukkan kata laluan pengguna sebelumnya, kemudian klik OK.
Jika anda masukkan kata laluan yang betul, tetingkap baru muncul.
Masukkan kata laluan pengguna sebelumnya sekali lagi dalam medan Kata Laluan Semasa.
Masukkan kata laluan pengguna semasa dalam medan Kata Laluan Baru.
Masukkan semula kata laluan pengguna semasa dalam medan Sahkan, kemudian klik OK.
Setkan kekerapan rantai kunci memerlukan anda memasukkan kata laluan
Anda boleh setkan tempoh masa Akses Rantai Kunci menunggu sebelum memerlukan anda memasukkan kata laluan anda lagi secara automatik.
Klik “log masuk” dalam senarai Rantai Kunci.
Pilih Edit > Ubah Seting untuk Rantai Kunci “log masuk.”
Pilih kotak semak “Kunci Selepas“ dan masukkan bilangan minit tidak aktif.
Jika anda mahu untuk memerlukan kata laluan setiap kali komputer tidur, pilih kotak semak “Kunci semasa tidur“.
Klik Simpan.