Apakah Akses Rantai Kunci?
Akses Rantai Kunci ialah app macOS yang menyimpan kata laluan dan maklumat akaun anda dan mengurangkan bilangan kata laluan yang anda perlu ingati dan mengurusnya.
Apabila anda mengakses tapak web, akaun e-mel, pelayan rangkaian atau item dilindungi kata laluan lain, anda mungkin diberikan pilihan untuk mengingati atau menyimpan kata laluan. Jika anda memilih untuk menyimpan kata laluan, ia disimpan dalam rantai kunci anda supaya anda tidak perlu mengingati atau menaip kata laluan anda setiap kali menggunakannya.
Disebabkan Akses Rantai Kunci menyimpan dan memperoleh nama pengguna, kata laluan dan maklumat anda yang lain dengan selamat, anda boleh membuat kata laluan individu lebih kompleks dan sukar untuk dipecahkan. Ini boleh menjadikan akaun individu anda lebih selamat.
Penting: Untuk memastikan yang kata laluan dan data lain disimpan dalam rantai kunci anda selamat, pastikan untuk sediakan kata laluan log masuk untuk komputer anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tukar kata laluan log masuk anda.
Anda boleh menyimpan sebarang jenis maklumat sensitif dalam Nota Selamat.
Anda juga boleh gunakan Akses Rantai Kunci untuk mengurus sijil, di mana ia dikeluarkan oleh organisasi yang dipercayai untuk sahkan tapak web, dokumen digital dan bahan berdasarkan web yang lain.
Akses Rantai Kunci berfungsi dalam usaha sama dengan rantai kunci iCloud yang membolehkan anda berkongsi rantai kunci anda dengan peranti lain anda. Untuk mencipta dan menguruskan rantai kunci iCloud anda, daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Rantai Kunci iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Soalan kerap ditanya tentang Rantai Kunci iCloud.