Padam rantai kunci
Anda boleh memadam rantai kunci. Anda mungkin ingin melakukan ini, sebagai contoh, anda terlupa kata laluan atau anda sedang memindahkan komputer kepada orang lain.
Penting: Jika anda padam rantai kunci, semua maklumatnya dipadamkan. Tetapi anda boleh pulihkan itemnya nanti selagi anda tahu kata laluannya.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Padam rantai kunci
Jika rantai kunci disembunyikan, pilih Lihat > Tunjukkan Rantai Kunci.
Pilih rantai kunci dalam senarai Rantai Kunci.
Pilih Fail > Padam Rantai Kunci [nama rantai kunci].
Klik Padam Rujukan.
Memulihkan item yang disimpan dalam rantai kunci dipadamkan
Jika anda memadam rantai kunci kerana anda terlupa kata laluan, kemudian teringat kata laluan anda, anda boleh memulihkan item disimpan dalam rantai kunci yang dipadamkan.
Pilih Fail > Tambah Rantai Kunci.
Pilih fail rantai kunci yang dipadamkan.
Anda juga boleh membuka fail Rantai Kunci dalam Finder atau, jika anda menggunakan Time Machine untuk sandaran fail anda, anda boleh memulihkan fail dengan Time Machine. Rantai kunci sentiasa ditempatkan dalam folder Rantai Kunci dalam folder Pustaka dalam folder rumah anda.