Salin rantai kunci ke Mac lain
Jika anda hijrahkan data anda ke Mac berlainan menggunakan Pembantu Persediaan, rantai kunci anda telah dipindahkan ke komputer baru secara automatik.
Cara terbaik untuk menyalin rantai kunci individu ke komputer baru ialah pertamanya mengeksport rantai kunci, pindahkannya ke komputer baru, kemudian importnya menggunakan Akses Rantai Kunci pada komputer baru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Import dan eksport item rantai kunci.
Anda juga boleh menyalin fail rantai kunci anda ke Mac lain secara manual dan menambahnya menggunakan Akses Rantai Kunci.
Penting: Pastikan anda tidak meninggalkan rantai kunci anda di komputer yang tidak selamat. Dengan berbuat demikian, mungkin akan membenarkan pengguna lain mengakses item menggunakan rantai kunci anda.
Dalam Finder, cari fail rantai kunci yang anda ingin pindahkan.
Rantai kunci sentiasa ditempatkan dalam folder Rantai Kunci dalam folder Pustaka dalam folder rumah anda. Untuk mencari fail ini, tekan dan tahan kekunci Option dan pilih Pergi > Pustaka, kemudian buka folder Rantai Kunci.
Pilih rantai kunci yang anda mahu, kemudian tekan dan tahan kekunci Option dan seret rantai kunci yang dipilih ke dalam folder lain untuk menyalinnya dalam folder.
Fail rantai kunci biasanya berakhir dengan .keychain-db. Jangan pilih dan salin folder disulitkan dengan nama yang muncul sebagai siri nombor.
Pindahkan folder yang mengandungi rantai kunci ke komputer baru.
Penting: Pindahkan rantai kunci dengan cara yang selamat supaya tiada individu yang tidak dibenarkan boleh mengaksesnya. Sebagai contoh, gunakan AirDrop atau pemacu kilat USB untuk salin fail.
Tukar nama rantai kunci yang dipindahkan pada komputer baru anda supaya ia tidak dikelirukan dengan sebarang rantai kunci yang sedia ada.
Perkara ini amat penting jika anda menyalin rantai kunci standard, seperti rantai kunci log masuk.
Buka Akses Rantai Kunci, yang terletak di folder Utiliti dalam folder Aplikasi.
Tambah setiap rantai kunci yang disalin satu demi satu dengan memilih Fail > Tambah Rantai Kunci, memilih rantai kunci anda, kemudian klik OK.
Untuk akses item dalam rantai kunci pada komputer baru, anda mesti menggunakan kata laluan yang sama yang anda gunakan untuk rantai kunci pada komputer sebelumnya.
Nota: Kata laluan yang disimpan dalam rantai kunci iCloud anda disulitkan dan disimpan pada komputer anda dan tidak boleh disalin. Untuk memindahkan item rantai kunci ini ke komputer lain, sediakan rantai kunci iCloud pada komputer lain menggunakan nama pengguna dan kata laluan iCloud anda. Komputer lain akan menyelaras dengan item rantai kunci iCloud pada Mac anda.