Simpan maklumat sulit dalam Nota Selamat
Anda boleh gunakan Nota Selamat dalam Akses Rantai Kunci untuk menyimpan maklumat sulit. Maklumat ini boleh menjadi tidak berkaitan kepada komputer anda, seperti kombinasi untuk mengunci, nombor pengenalan peribadi (PIN) untuk akaun bank, nombor kad kredit, nota sulit, kekunci kriptografi dan sebarang maklumat lain yang anda mahu jadikan peribadi dengan selamat.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Cipta Nota Selamat
Pilih rantai kunci daripada senarai Rantai Kunci di bahagian kiri atas.
Jika anda tidak pasti rantai kunci mana untuk dipilih, pilih rantai kunci log masuk.
Jika rantai kunci dikunci, klik ikon kunci, kemudian masukkan kata laluan rantai kunci anda untuk membuka kuncinya.
Pilih Fail > Item Nota Selamat Baru.
Taipkan nama bagi nota untuk membantu anda mengingati apakah nota itu.
Dalam medan Nota, taip atau tampal maklumat yang anda ingin kekalkan.
Klik Tambah.
Lihat kandungan Nota Selamat
Pilih Nota Selamat dalam senarai Kategori.
Dwiklik nota, kemudian pilih Tunjukkan Nota.
Anda akan ditanya tentang kata laluan rantai kunci jika anda belum memilih “Benarkan semua aplikasi untuk mengakses item ini” dalam anak tetingkap Kawalan Akses.
Taip kata laluan log masuk anda untuk melihat nota, kemudin klik Benarkan atau "Selalu benarkan."
Jika anda ingin nota ini untuk selamat, jangan klik "Selalu benarkan."