Apakah Akses Rantai Kunci pada Mac?
Akses Rantai Kunci ialah app macOS yang menyimpan kata laluan dan maklumat akaun anda dan mengurangkan bilangan kata laluan yang anda perlu ingati dan mengurusnya.
Apabila anda mengakses tapak web, akaun e-mel, pelayan rangkaian atau item dilindungi kata laluan lain, anda mungkin diberikan pilihan untuk mengingati atau menyimpan kata laluan. Jika anda memilih untuk menyimpan kata laluan, ia disimpan dalam rantai kunci anda supaya anda tidak perlu mengingati atau menaip kata laluan anda setiap kali menggunakannya.
Disebabkan Akses Rantai Kunci menyimpan dan memperoleh nama pengguna, kata laluan dan maklumat anda yang lain dengan selamat, anda boleh membuat kata laluan individu lebih kompleks dan sukar untuk dipecahkan. Ini boleh menjadikan akaun individu anda lebih selamat.
Untuk membuka Akses Rantai Kunci dengan cepat, cari Akses Rantai Kunci dalam Spotlight, kemudian tekan Return. Lihat cara membuka app.
Penting: Untuk memastikan yang kata laluan dan data lain disimpan dalam rantai kunci anda selamat, pastikan untuk sediakan kata laluan log masuk untuk komputer anda. Lihat Tukar kata laluan log masuk.
Anda juga boleh menggunakan Akses Rantai Kunci untuk mengurus sijil, yang dikeluarkan oleh organisasi yang dipercayai untuk sahkan tapak web, dokumen digital dan bahan berdasarkan web yang lain.
Akses Rantai Kunci berfungsi dalam kerjasama dengan Rantai Kunci iCloud yang membolehkan anda berkongsi rantai kunci anda dengan peranti Apple anda yang lain. Untuk mencipta dan mengurus Rantai Kunci iCloud anda, daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID anda. Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Rantai Kunci iCloud.