Pengenalan kepada senarai main dalam iTunes pada PC
Senarai main ialah kompilasi tersuai lagu, filem, rancangan TV, podcast, buku audio, atau semua media. Anda mungkin mahu mencipta senarai main untuk melakukan yang berikut:
Sesuai dengan perasaan atau keraian. Contohnya, anda boleh mencipta senarai main untuk parti makan malam, perkahwinan atau senaman pagi anda.
Pilih podcast tertentu untuk dikongsi dengan orang lain pada rangkaian setempat anda atau untuk menyelaraskan dengan iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Bakar CD lagu.
Uruskan pustaka iTunes anda.
Terdapat lima jenis senarai main; anda mencipta jenis pertama dengan sendiri dan iTunes mencipta yang lain untuk anda.
Senarai main standard: Anda mencipta senarai main ini dengan menyeret item kepadanya.
Senarai Main Pintar: Anda tentukan kriteria tertentu untuk digunakan oleh iTunes dan iTunes mencipta Senarai Main Pintar yang dikemas kini secara automatik apabila pustaka anda berubah.
Genius Shuffle: iTunes memilih lagu, kemudian memainkan lagu yang sesuai dimainkan bersamanya.
Senarai main Genius: Anda pilih lagu dalam pustaka anda dan iTunes mencipta Senarai Main Genius dengan muzik yang serupa dalam pustaka anda.
Campuran Genius: iTunes mencipta senarai main berterusan dalam genre tertentu—seperti stesen radio bebas iklan—menggunakan lagu dalam pustaka anda.
Petua: Apabila anda menyertai Apple Music, anda boleh menambah senarai main yang dicipta oleh mana-mana penyumbang Apple Music ke pustaka iTunes anda.
Perubahan yang anda lakukan terhadap pustaka iTunes anda (contohnya mencipta senarai main) dikemas kini merentas semua peranti anda apabila Pustaka Muzik iCloud diaktifkan dalam keutamaan Umum Jika anda bukan pelanggan Apple Music, perubahan muncul dalam pustaka muzik anda pada kali seterusnya anda menyelaraskan peranti dengan iTunes pada komputer anda.