Beli hadiah daripada iTunes Store pada PC
Jika anda mempunyai Apple ID, anda boleh membeli hadiah daripada iTunes Store.
Beli kad hadiah
Dalam app iTunes pada PC anda, klik Kedai.
Pada halaman utama iTunes Store, klik Hantar Hadiah (di bawah Pautan Cepat), kemudian ikuti arahan atas skrin.
Penerima boleh menggunakan Kad Hadiah App Store & iTunes prabayar untuk membeli apa-apa sahaja pada iTunes Store (melainkan anda mengehadkan akses kepada item dengan Label Nasihat Ibu Bapa). Lihat Tapak web Apple Gift Card.
Anda hanya boleh menggunakan kad hadiah dalam iTunes Store di negara atau rantau yang sama tempat kad dibeli.
Beri lagu atau item lain yang tertentu
Beri lagu, album, video, buku audio dan banyak lagi.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih pilihan (seperti Muzik atau Filem) daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Kedai.
Klik dalam medan carian di penjuru kanan atas tetingkap iTunes dan masukkan perkataan atau frasa.
Semasa anda menaip, iTunes memaparkan senarai item yang sepadan dengan teks carian yang anda masukkan.
Untuk memilih tempat yang anda mahu cari, klik Kedai di penjuru kanan atas hasil carian.
Tekan Enter.
Hasil carian anda muncul dalam tetingkap iTunes.
Nota: Berbanding mencari dalam iTunes Store, anda boleh melayari—klik Kedai, lihat menerusi pelbagai album, lagu dan kategori dalam tetingkap, kemudian pilih item.
Untuk mempratonton item sebelum memberinya sebagai hadiah, gerakkan penuding ke atas item, kemudian klik butang Pratonton .
Dalam senarai hasil, klik anak panah bersebelahan harga, pilih Hadiahkan Ini daripada menu timbul, kemudian ikuti arahan atas skrin.