Lihat apa-apa yang rakan anda sedang dengar dalam iTunes pada PC
Selepas anda mencipta profil Apple Music, anda boleh mencari dan mengikut rakan untuk melihat lagu yang mereka dengari.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Pilih cara mencari rakan dan akaun dipautkan
Sebelum anda boleh memilih rakan untuk berkongsi muzik, anda perlu membenarkan iTunes untuk mengakses kenalan anda.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Akaun > Apple Music > Seting Cari Rakan.
Jika anda tidak nampak pilihan ini, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Pilih mana-mana daripada berikut:
Benarkan Carian dengan Apple ID: Pilih pilihan ini dan rakan yang mempunyai maklumat Apple ID anda akan melihat anda sebagai rakan yang disyorkan.
Kenalan pada Apple Music: Pilih pilihan ini dan Apple Music akan melihat kenalan anda serta mengesyorkan rakan baru untuk anda dari semasa ke semasa.
Klik Selesai.
Ikut rakan
Selepas anda membenarkan iTunes mengakses kenalan, anda boleh menghantar permintaan Ikut kepada sebarang kenalan anda yang telah berkongsi muzik dalam Apple Music; secara piihan, anda boleh menjemput kenalan lain anda untuk menyertai Apple Music.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Cari Lebih Ramai Rakan di bahagian bawah profil anda.
Klik Cari Lebih Rakan lagi, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Klik Ikut di sebelah salah seorang kenalan anda yang berkongsi muzik.
Permintaan dihantar jika rakan anda perlu meluluskan permintaan; jika tidak, anda mula mengikuti mereka dan anda boleh melihat apa-apa yang mereka dengari serta-merta.
Klik Jemput di sebelah nama, kemudian pilih untuk menghantar jemputan e-mel atau mesej teks.
Apabila rakan anda menerima jemputan, mereka perlu menyertai Apple Music, mencipta profil dan membenarkan anda sebagai pengikut sebelum anda boleh melihat apa-apa yang mereka dengar.
Klik Selesai.
Secara alternatif, anda boleh memasukkan nama rakan dalam medan carian, pilih hasil, kemudian klik Ikuti. Jika anda tidak dapat mencari seseorang, pastikan mereka mencipta profil. Jika profil rakan diperibadikan, mereka perlu meluluskan permintaan anda.
Lihat apa yang rakan anda sedang dengar
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap.
Di bawah Mengikuti atau Pengikut, klik gambar profil rakan untuk melihat apa-apa yang mereka sedang dengar.
Berhenti mengikuti rakan
Anda boleh berhenti mengikuti rakan jika anda tidak lagi mahu melihat perkara yang mereka dengar.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Klik butang Akaun Saya (kelihatan seperti foto atau monogram) di penjuru kanan atas tetingkap.
Di bawah Mengikuti atau Pengikut, klik profil rakan untuk pergi ke profil mereka.
Di sebelah kanan profil mereka, klik butang Lagi , kemudian klik Nyahikut.