Pengenalan kepada iTunes Store pada PC
iTunes Store ialah kedai muzik nombor satu di dunia dengan berjuta-juta lagu, album, video dan banyak lagi untuk dibeli dan juga banyak item percuma, seperti podcast dan kuliah pendidikan.
Untuk melawat kedai, klik Kedai dalam bar navigasi. Untuk melihat bahagian lain kedai, pilih jenis media dari menu timbul di bahagian kiri atas.
Item yang anda beli, muat turun, atau sewa daripada iTunes Store ditambah dengan segera ke pustaka iTunes anda. Anda juga boleh menyediakan muat turun automatik agar item yang anda muat turun daripada kedai dimuat turun ke semua komputer dan peranti anda, bukan sahaja yang anda gunakan untuk mendapatkan item.
Apa yang anda perlukan
Sambungan internet (DSL, kabel, atau LAN) disyorkan.
Jika anda tidak menemui apa yang anda cari dalam iTunes Store, ia mungkin tidak tersedia. Untuk menyerahkan permintaan ke iTunes Store, pergi ke Tapak web Permintaan iTunes Store.
Penting: Semua jualan adalah muktamad. Akaun anda dicaj apabila anda mengklik butang Beli atau Sewa.
iTunes Store mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau dan kandungan iTunes Store mungkin berbeza mengikut negara atau rantau.
Hak penggunaan untuk pembelian iTunes Store
Semua lagu yang ditawarkan oleh iTunes Store tidak disertakan perlindungan Pengurusan Hak Digital (DRM). Lagu bebas DRM ini, dipanggil iTunes Plus, tidak mempunyai pengehadan penggunaan dan menampilkan pengekodan AAC (Pengekodan Audio Lanjutan) 256 kbps berkualiti tinggi.
Jika sebelum ini anda telah membeli kandungan daripada iTunes Store yang dilindungi oleh DRM, pembelian dilindungi ini boleh:
Dimainkan pada sehingga lima komputer yang dibenarkan
Diselaraskan dengan iPhone, iPad, atau iPod anda
Untuk mengetahui cara untuk menambah kandungan lain ke iTunes, lihat Cara untuk menambah item.
Untuk mengetahui lanjut tentang cara iTunes Store melindungi maklumat anda dan membenarkan anda memilih perkara yang anda kongsi, pilih Bantuan > Perihal iTunes Store & Privasi.