Stabilkan klip yang bergoyang dalam iMovie pada Mac
Anda boleh menstabilkan video yang bergoyang agar ia dimain balik dengan lebih lancar.
Anda juga boleh membetulkan herotan imej yang boleh berlaku jika kamera banyak bergerak semasa rakaman (terutamanya pergerakan sorot yang pantas) atau jika kamera merakam pergerakan laju. Herotan pergerakan seperti ini dipanggil herotan pengatup berjalan dan boleh menyebabkan video kelihatan bergoyang atau herot.
Stabilkan klip yang bergoyang
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip individu dalam garis masa yang anda mahu stabilkan.
Dalam bar pelarasan, klik butang Penstabilan.
Pilih kotak semak Stabilkan Video Bergoyang.
Kotak semak digantikan dengan penunjuk aktiviti sehingga klip telah dianalisis dan distabilkan.
Untuk melaraskan amaun kestabilan yang digunakan pada klip, seret gelangsar Stabilkan Video Bergoyang.
Untuk melihat kesan penstabilan, mainkan klip.
Kurangkan herotan pengatup berjalan dalam klip
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip individu dalam garis masa yang anda mahu betulkan.
Untuk menunjukkan kawalan penstabilan, klik butang Penstabilan.
Dalam kawalan penstabilan, pilih kotak semak Betulkan Pengatup Berjalan.
Kotak semak digantikan dengan penunjuk aktiviti sehingga klip telah dianalisis dan dibetulkan.
Klik menu timbul Betulkan Pengatup Berjalan dan pilih jumlah pembetulan pengatup berjalan yang digunakan pada klip.
Untuk melihat kesan pembetulan pengatup berjalan, mainkan klip.