Tambah tajuk ke treler anda dalam iMovie pada Mac
Setiap treler termasuk beberapa tajuk praset, yang boleh anda edit dalam anak tetingkap Papan Cerita. Beberapa treler termasuk maklumat kredit, yang boleh anda edit dalam anak tetingkap Garis Kasar.
Edit tajuk dalam treler anda
Dalam app iMovie pada Mac anda, buka treler dan klik tab Papan Cerita.
Untuk membuka treler, dwikliknya dalam paparan Projek.
Papan cerita muncul, dengan teks ruang letak yang boleh anda edit.
Bar teks disusun dalam tertib tajuk tersebut muncul dalam treler anda.
Klik teks ruang letak, taipkan teks baru dan tekan Return.
Anda boleh meniru gaya teks bagi teks ruang letak untuk mengekalkan suasana dan kelajuan treler.
Edit kredit treler dan maklumat lain
Dalam app iMovie pada Mac anda, buka treler dan klik tab Garis Kasar.
Untuk membuka treler, dwikliknya dalam paparan Projek.
Klik teks ruang letak dan taipkan teks baru.
Teks ruang letak berbeza-beza mengikut templat. Kategori yang mungkin termasuk:
Nama dan Tarikh: Taipkan nama filem, tarikh keluarannya (contohnya, “Julai 2020,” atau “10/07/2020”) dan sebarang maklumat lain yang diperlukan, mengikut model teks ruang letak.
Barisan pelakon: Taipkan nama orang yang ditampilkan dalam rakaman yang anda rancang untuk gunakan. Beberapa templat tidak mempunyai barisan pelakon dan sesetengah daripada templat tersebut membolehkan anda memadamkan atau menambah barisan pelakon dengan mengklik butang Padam (–) atau butang Tambah (+) di sebelah kanan medan.
Jantina: Klik menu timbul dan pilih jantina untuk setiap pelakon.
Studio: Taipkan nama rekaan untuk studio dan kemudian klip menu timbul dan pilih gaya logo.
Kredit: Taipkan nama dalam setiap medan kredit.
Nota: Anda tidak boleh membiarkan sebarang medan kosong kerana iMovie menyatukan semua medan ke dalam treler.