Kongsi ke platform sosial dalam iMovie pada Mac
Anda boleh menyediakan filem, treler atau klip untuk dikongsi ke tapak web perkongsian video popular. Anda hanya boleh berkongsi satu item pada satu masa.
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih filem, treler atau klip dalam pelayar.
Pilih Fail > Kongsi > Platform Sosial.
Dalam dialog yang muncul, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Setkan tajuk filem yang dikongsi: Klik nama di bahagian atas dan taipkan nama baharu.
Setkan perihalan filem yang dikongsi: Klik dalam medan Perihalan dan taipkan teks baru.
Setkan tag bagi filem yang dikongsi: Klik dalam medan Tag dan taipkan nama tag yang dipisahkan dengan koma.
Setkan resolusi bagi filem dikongsi: Klik menu timbul Resolusi dan pilih pilihan.
Percepatkan eksport dengan pemprosesan serentak: Pilih kotak semak “Benarkan pensegmenan eksport” untuk percepatkan eksport projek yang kira-kira 3 minit atau lebih. iMovie menghantar segmen video anda ke enjin media tersedia untuk pemprosesan serentak.
Nota: Pensegmenan eksport memerlukan macOS Sonoma atau lebih baharu dan Mac dengan Apple M1 Max, M1 Ultra, M2 Max, M2 Ultra, atau M3 Max.
Klik Seterusnya.
Masukkan nama untuk fail media output, navigasi ke lokasi pada Mac atau peranti storan anda yang anda mahu simpankan fail dan klik Simpan.
Projek anda disimpan dalam format yang serasi untuk dikongsi di platform sosial.
Penunjuk kemajuan muncul di sebelah kanan bar alat. Klik penunjuk kemajuan untuk melihat butiran. Penunjuk hilang apabila operasi telah selesai.
Ikut arahan daripada tapak web atau platform untuk memuat naik fail menggunakan pelayar web seperti Safari.