Pilih klip dalam iMovie pada Mac
Memilih klip ialah langkah pertama dalam membina filem anda.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai memilih sebahagian klip atau projek, lihat Pilih sebahagian klip dalam iMovie pada Mac.
Pilih klip
Dalam app iMovie pada Mac anda, klik klip dalam pelayar atau garis masa.
Dalam pelayar, jidar kuning dengan pemegang pangkas muncul di sekeliling klip. Apabila anda menggerakkan penuding di atas klip, tempohnya di tunjukkan di penjuru kiri sebelah atas jalur filem.
Dalam garis masa, jidar kuning muncul di sekeliling klip dan penunjuk main beralih ke tempat yang anda klik.
Pilih berbilang klip
Dalam app iMovie pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih sekumpulan klip: Tekan dan tahan kekunci Command semasa anda mengklik setiap klip yang anda mahu pilih atau seret segi empat pemilihan di sekeliling klip.
Pilih semua klip video dalam filem anda: Pilih klip dan pilih Edit > Pilih dalam Filem > Klip Video.
Nyahpilih klip
Dalam app iMovie pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Nyahpilih klip: Pilih klip berlainan atau klik latar belakang kelabu pelayar atau garis masa.
Nyahpilih semua klip: Pilih Edit > Nyahpilih Semua.
Pilih jenis kandungan tertentu dalam filem
Selain daripada memilih semua klip dalam filem, anda boleh memilih transisi, foto, peta perjalanan dianimasikan atau latar belakang.
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih Edit > Pilih dalam Filem dan pilih jenis kandungan daripada submenu.