Tambah kesan Ken Burns dalam iMovie pada Mac
Anda boleh menambah kesan Ken Burns pada klip video atau foto untuk menjadikan kamera kelihatan mengezum masuk atau keluar pada klip atau foto.
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau foto dalam garis masa.
Untuk menunjukkan kawalan pemangkasan, klik butang Pemangkasan.
Klik butang Ken Burns.
Dua bingkai, berlabel Mula dan Tamat, muncul di atas klip dalam pemapar.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Setkan pemangkasan di permulaan klip: Pilih bingkai Mula dan kemudian seret dan saiz semula bingkai tersebut sehingga permulaan klip dibingkai mengikut pilihan anda.
Setkan pemangkasan di hujung klip: Pilih bingkai Tamat dan kemudian seret dan saiz semula bingkai tersebut sehingga hujung klip dibingkai mengikut pilihan anda.
Untuk menggunakan perubahan, klik butang Guna dalam kawalan pemangkasan.
Apabila klip dimain balik, ia dipangkas di permulaan rakaman seperti yang disetkan oleh bingkai Mula dan kelihatan mengezum masuk atau keluar berdasarkan cara bingkai Tamat dipangkas.
Untuk mereset semua pelarasan pemangkasan dan pemutaran, klik butang Reset.