Garis yang menandakan klip peristiwa dalam iMovie pada Mac
Dalam iMovie, garis muncul pada klip dan julat dalam pelayar untuk membantu anda melihat sekilas pandang jika ia ditandakan sebagai kegemaran atau ditolak, atau digunakan dalam projek semasa.
Warna | Perihalan | Maklumat lanjut |
---|---|---|
Garis hijau menunjukkan yang anda menandakan klip sebagai kehemaran. | ||
Garis merah menunjukkan yang anda menandakan klip sebagai ditolak. | Lihat Nilaikan klip dalam iMovie pada Mac. Untuk melihat klip yang ditandakan sebagai ditolak, pilih Semua Klip daripada menu timbul di sebelah kiri medan carian pelayar. | |
Garis jingga di sepanjang bahagian bawah klip peristiwa menandakan yang klip sedang digunakan dalam projek yang dibuka pada masa ini dalam garis masa. | Lihat Tambah klip ke filem anda dalam iMovie pada Mac. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan paparan ini, pilih Lihat > Julat Media Digunakan. |
Petua: Untuk memilih julat klip yang ditandakan dengan garis, klik garis.