Kongsi ke app Apple TV daripada iMovie pada Mac
Anda boleh menyimpan filem, treler, atau klip pada Mac anda, kemudian mengimportnya ke bahagian Video Rumah pada pustaka Apple TV anda. Anda kemudian boleh menonton filem dikongsi dalam app Apple TV pada Mac anda. Dalam app Apple TV, anda boleh menambah filem pada peranti anda yang lain seperti Apple TV, iPad, iPhone atau iPod touch.
Nota: Jika anda menggunakan macOS Catalina 10.15 atau lebih baru, berkongsi ke iTunes tidak lagi disokong. Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh berkongsi video iMovie ke iTunes.
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih filem, treler atau klip dalam pelayar.
Klik butang Kongsi dalam bar alat dan kemudian klik Fail.
Dalam dialog yang muncul, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Setkan tajuk filem yang dikongsi: Klik nama di bahagian atas dan taipkan nama baru.
Setkan perihalan filem yang dikongsi: Klik dalam medan Perihalan dan taipkan teks baru.
Setkan tag bagi filem yang dikongsi: Klik dalam medan Tag dan taipkan nama tag yang dipisahkan dengan koma.
Setkan resolusi bagi filem dikongsi: Klik menu timbul Resolusi dan pilih pilihan.
Pilih seting pemampatan: Klik menu timbul Mampat dan pilih pilihan.
Klik Seterusnya, navigasi ke lokasi yang anda mahu menyimpan fail, kemudian klik Simpan.
Penunjuk kemajuan muncul di sebelah kanan bar alat. Klik penunjuk kemajuan untuk melihat butiran. Penunjuk hilang apabila operasi telah selesai.
Pemberitahuan “Perkongsian Berjaya” turut muncul.
Dalam app Apple TV, pilih Fail > Import, kemudian navigasi ke lokasi anda menyimpan fail.
Klik Buka.
Fail diimport muncul di bawah Video Rumah dalam app Apple TV.