Salin kesan antara klip dalam iMovie pada Mac
Selepas anda membuat beberapa pelarasan pada klip, anda boleh menggunakan beberapa atau semua pelarasan tersebut pada klip lain dalam filem anda dengan menyalin dan menampal pelarasan.
Sebagai contoh, jika anda menggunakan penapis klip Kartun dan pelarasan kelantangan pada klip, anda boleh menyalin kedua-dua pelarasan dan menggunakannya pada klip lain.
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau julat dalam pelayar atau garis masa yang mempunyai pelarasan yang anda mahu salin.
Pilih Edit > Salin.
Klip dan kesan serta pelarasannya disalin ke papan klip.
Pilih klip pertama atau julat yang anda mahu tampalkan pelarasan tersebut.
Dengan menahan kekunci Command, pilih setiap klip tambahan pada yang mana anda mahu menggunakan pelarasan.
Pilih Edit > Tampal Pelarasan dan pilih pilihan daripada submenu:
Semua: Menggunakan semua jenis kesan dan pelarasan yang disenaraikan di bawah.
Pembetulan Warna: Hanya menggunakan pelarasan video, seperti pendedahan, kecerahan dan kontras.
Pangkas: Hanya menggunakan pelarasan pemangkasan. Ini berguna jika anda mempunyai beberapa klip dengan subjek yang sama muncul dalam bahagian skrin yang sama.
Kelantangan: Hanya menggunakan pelarasan audio, seperti paras kelantangan, seting “Turunkan untuk klip lain” (aktif atau tidak aktif) dan pelarasan pudar.
Penapis Klip: Menggunakan penapis klip yang disalin (seperti Filem Lama, Sepia, Kartun dan seterusnya).
Kesan Audio: Menggunakan kesan audio yang disalin (seperti Bilik Besar, Robot, Gema dan seterusnya).
Kelajuan: Hanya menggunakan pelarasan yang anda buat pada kelajuan dan arah main balik pada klip video.
Seting Tindanan Video: Melaraskan pudar dan kelegapan sahaja pada selitan klip, klip skrin terpisah, klip gambar dalam gambar dan klip skrin hijau dan skrin biru .
Gaya Peta: Menggunakan gaya peta yang disalin pada peta yang dipilih. Seting ini hanya boleh ditampal pada peta beranimasi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tambah peta dan latar belakang dalam iMovie pada Mac.