Tambah bingkai pegun dalam iMovie pada Mac
Anda boleh membekukan bingkai tunggal dalam filem anda agar kelihatan seperti masa telah dihentikan. Anda juga boleh mengedit tempoh bingkai pegun, atau mengeluarkannya dan memulihkan klip kepada panjang asal.
Cipta bingkai pegun dalam klip
Dalam app iMovie pada Mac anda, gerakkan penunjuk main ke atas bingkai dalam klip dalam garis masa yang anda mahu bekukan.
Pilih Ubah Suai > Tambah Bingkai Pegun.
Bingkai pada kedudukan penunjuk main dibekukan selama 3 saat dan kekal dilampirkan pada klip sumber di kedua-dua hujung. Bahagian bingkai pegun pada klip dipilih. Pemegang muncul di pinggir bingkai pegun, dan ikon tangan muncul di tengah.
Bahagian bingkai pegun pada klip tidak mengandungi audio.
Edit atau keluarkan bingkai pegun
Dalam app iMovie pada Mac anda, klik ikon tangan di tengah klip dalam garis masa yang mempunyai bingkai pegun.
Kawalan kelajuan muncul di atas pemapar.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Laraskan tempoh bingkai pegun: Masukkan bilangan saat dalam medan Tempoh, atau seret mana-mana hujung bingkai pegun dalam garis masa.
Keluarkan klip bingkai pegun: Pilih Ubah Suai > Keluarkan Bingkai Pegun.
Klip bingkai pegun dikeluarkan, dan klip dipulihkan kepada panjang asalnya.