Tukar seting projek dalam iMovie pada Mac anda
iMovie mempunyai beberapa seting yang boleh anda sesuaikan untuk projek anda. Anda boleh mengesetkan tema yang digunakan oleh projek, menggunakan kesan penapis pada projek dan banyak lagi.
Dalam app iMovie pada Mac anda, klik Seting di penjuru kanan atas garis masa.
Seting projek muncul. Di bahagian atas seting projek, anda boleh melihat resolusi yang disetkan untuk projek anda (berdasarkan klip pertama yang ditambahkan pada garis masa).
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih tema bagi filem anda: Klik butang Tema, klik tema dan kemudian klik Tukar.
Keluarkan tema daripada filem anda: Klik butang Tema, klik Tiada Tema dan kemudian klik Tukar.
Buatkan iMovie menambah tajuk dan transisi ke filem anda secara automatik: Pilih kotak semak “Kandungan automatik”.
Gunakan penapis pada semua klip dalam projek anda: Klik butang Penapis dan kemudian klik penapis.
Pangkas muzik latar belakang secara automatik agar muat pada panjang filem anda: Pilih kotak semak “Pangkas muzik latar belakang”.
Pudar masuk secara automatik dari hitam pada permulaan filem anda: Pilih kotak semak “Pudar masuk dari hitam”.
Pudar keluar secara automatik kepada hitam pada penghabisan filem anda: Pilih kotak semak “Pudar keluar kepada hitam”.
Setkan saiz klip dalam garis masa: Seret gelangsar Saiz Klip ke kiri untuk mengurangkan saiz klip atau ke kanan untuk meningkatkan saiz.
Tunjukkan bentuk gelombang audio di bawah klip anda: Pilih kotak semak Tunjukkan Bentuk Gelombang.
Apabila anda selesai, klik di luar seting projek untuk menutupnya.