iMovie
Panduan Pengguna iMovie
- Selamat Datang
- Apakah iMovie?
Tingkatkan klip dalam iMovie pada Mac
Dengan butang Tingkatkan dalam bar alat, anda boleh meningkatkan video dan audio klip dengan satu klik.
Penting: Apabila anda meningkatkan julat dalam klip, pelarasan digunakan pada keseluruhan klip.
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip dalam pelayar atau garis masa.
Klik butang Tingkatkan dalam bar pelarasan di atas pemapar.
Video dan audio dalam klip akan ditingkatkan secara automatik dan sesetengah butang lain dalam bar pelarasan (biasanya butang Imbangan Warna dan Pembetulan Warna) akan diserlahkan, yang menunjukkan bahawa pelarasan telah dibuat dalam kategori yang sepadan. Jika klip anda mengandungi audio dan akan mendapat faedah daripada peningkatan kelantangan, butang Kelantangan akan diserlahkan juga.
Terima kasih atas maklum balas anda.