Tukar media tidak serasi dalam iMovie pada Mac
Sebagai sebahagian daripada transisi daripada teknologi 32-bit kepada 64-bit dalam macOS, macOS Mojave 10.14 adalah versi terakhir macOS yang menyertakan sokongan untuk format video yang bergantung pada QuickTime 7. iMovie secara automatik mengesan media yang bergantung pada QuickTime 7 dan menyediakan pilihan untuk menukar fail kepada format yang serasi dengan versi macOS selepas macOS 10.14.
Jika anda memilih untuk tidak menukar fail semasa anda diisyaratkan buat kali pertama, anda boleh membuatkan iMovie mengimbas pustaka nanti dan menukar fail yang tidak serasi.
Penting: Untuk memastikan keserasian pada masa depan, pastikan anda menukar fail sebelum anda menaik taraf ke versi utama macOS yang seterusnya selepas macOS 10.14. Selepas anda menaik taraf, pilihan untuk menukar media tidak serasi tidak lagi tersedia.
Imbas pustaka semasa dan tukar media tidak serasi
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih Fail > Semak Keserasian Media.
Jika fail tidak serasi dijumpai dalam pustaka, tetingkap muncul menyenaraikannya.
Klik Tukar.
iMovie mencipta salinan fail media dalam format H.264. Fail asal dialihkan ke folder Media Tidak Serasi iMovie, terletak di folder yang sama seperti pustaka. Media asal anda tidak diubah suai.
Jika fail tidak serasi tiada atau memerlukan perisian tambahan
Apabila pustaka diimbas untuk media tidak serasi, iMovie mungkin mengesan fail tidak serasi yang belum boleh ditukarkan kerana ia tiada, atau kerana ia memerlukan perisian tambahan (seperti codec). Dalam situasi ini, iMovie menyenaraikan fail yang tiada atau memerlukan perisian tambahan.
Dalam app iMovie pada Mac anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika fail tidak serasi tiada: Import semula klip ke dalam pustaka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Import media ke dalam iMovie daripada Mac anda, Import ke dalam iMovie pada Mac daripada iPhone atau iPad, Import ke dalam iMovie pada Mac daripada kamera berasaskan fail, atau Import ke dalam iMovie pada Mac daripada kamera berasaskan pita.
Jika fail tidak serasi memerlukan perisian tambahan: Muat turun dan pasangkan perisian yang sesuai.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang datang dengan perisian tambahan.
Untuk menukar fail, ikuti arahan dalam Imbas pustaka semasa dan tukar media tidak serasi, di atas.
Untuk mendapatkan maklumat tentang format media yang dipengaruhi oleh transisi kepada teknologi 64-bit, serta format media yang serasi dengan versi macOS selepas macOS 10.14, lihat artikel Sokongan Apple Perihal media tidak serasi dalam iMovie untuk macOS.