Tambah transisi dalam iMovie pada Mac
Anda boleh menambah transisi antara klip untuk melancarkan atau mencampurkan perubahan dari satu adegan ke adegan yang lain. Anda boleh menetapkan klip untuk pudar masuk atau keluar, lenyap ke dalam klip lain, zum masuk ke klip lain dan sebagainya. Anda boleh mengesetkan iMovie untuk menambah transisi secara automatik atau anda boleh menambah transisi secara manual.
Tambah transisi di antara klip secara automatik
Dalam app iMovie pada Mac anda, klik Seting di penjuru kanan atas garis masa dan kemudian pilih kotak semak “Kandungan automatik”.
Jika anda telah menggunakan tema pada filem anda, iMovie memasukkan transisi lenyap silang standard di antara klip, dengan transisi dari semasa ke semasa yang berasaskan pada tema. Bukan semua ruang antara klip akan mendapat transisi.
iMovie juga menambah tajuk pembukaan bergaya tema di atas klip pertama dan tajuk akhir pada klip terakhir.
Untuk menyertakan transisi standard tidak bertema dalam filem anda, klik butang Tema, pilih Tiada Tema, klik Tukar dan kemudian nyahpilih kotak semak “Kandungan automatik”.
Nota: Jika anda telah menggunakan tema pada filem anda dan memilih Tiada Tema, semua elemen tema akan dikeluarkan daripada filem. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tema, lihat Tambah atau tukar tema filem dalam iMovie pada Mac.
Tambah transisi di antara klip secara manual
Untuk menambah transisi secara manual, anda mesti menyahaktifkan transisi automatik dahulu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Nyahaktifkan transisi automatik dalam iMovie pada Mac.
Dalam app iMovie pada Mac anda, buka filem anda dalam garis masa, kemudian pilih Transisi di atas pelayar.
Untuk mempratonton transisi, imbas padanya.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tambah transisi antara dua klip: Seret transisi antara dua klip dalam garis masa.
Tambah transisi di kedua-dua hujung klip: Pilih klip dalam garis masa, kemudian dwiklik transisi dalam pelayar.
Ikon transisi muncul di antara klip.
Tambah transisi lenyap silang di antara klip
Untuk menambah transisi lenyap silang, yang menjadikan rakaman pertama pudar keluar sementara rakaman kedua pudar masuk, anda mesti menyahaktifkan transisi automatik terlebih dahulu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Nyahaktifkan transisi automatik dalam iMovie pada Mac.
Dalam app iMovie pada Mac anda, cari dua klip dalam garis masa yang anda mahu sambungkan dengan lenyap silang dan kemudian klik pinggir mana-mana klip.
Pilih Edit > Tambah Lenyap Silang (atau tekan Command-T).
Transisi lenyap silang muncul di antara dua klip dalam garis masa.
Nota: Jika anda memilih klip dalam garis masa dan memilih Edit > Tambah Lenyap Silap, lenyap silang ditambah pada kedua-dua bahagian klip.
Setkan tempoh lalai transisi dalam filem
Secara lalai, iMovie menjadikan semua transisi dalam filem anda kepada panjang yang sama. Transisi standard ialah sepanjang setengah saat dan transisi bergaya tema (yang hanya tersedia jika anda telah menggunakan tema pada filem anda) ialah sepanjang 2 saat. Anda boleh menukar tempoh lalai dalam keutamaan iMovie. Seting ini digunakan pada transisi yang anda tambahkan secara manual dalam sebarang projek filem anda.
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih iMovie > Keutamaan.
Dwiklik nombor dalam medan Transisi dan taipkan bilangan saat.
Nota: Jika tempoh transisi lalai anda adalah lebih panjang daripada yang dibenarkan oleh media yang tersedia dalam klip bersebelahan dalam filem anda, tempoh paling panjang yang boleh akan digunakan.