Setkan keutamaan dalam iMovie pada Mac
Anda boleh menyesuaikan iMovie agar sesuai dengan gaya kerja anda menggunakan keutamaan iMovie. Untuk membuka keutamaan iMovie, pilih iMovie > Keutamaan atau tekan Command-Koma (,).
Klip Slow-Mo
Gunakan gerak perlahan secara automatik: Pilih untuk menggunakan kesan gerak perlahan secara automatik pada klip yang diimport ke dalam iMovie yang dirakam pada kadar bingkai lebih tinggi daripada 30 bingkai per saat (bps).
Penempatan Foto
Penempatan Foto: Pilih kelakuan lalai untuk foto yang ditambahkan ke garis masa dalam iMovie.
Muat: Pilih pilihan ini untuk mensaiz semula foto secara automatik supaya muat dalam nisbah aspek filem anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Pangkas klip dalam iMovie pada Mac.
Pangkas untuk Isi: Pilih pilihan ini untuk mensaiz semula bahagian foto anda yang dipangkas untuk mengisi keseluruhan bingkai filem anda.
Ken Burns: Pilih pilihan ini untuk menggunakan kesan zum secara automatik pada foto yang ditambahkan pada filem anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tambah kesan Ken Burns dalam iMovie pada Mac.
Tempoh Foto
Tempoh Foto: Masukkan tempoh lalai (dalam saat) bagi foto pegun ditambah pada garis masa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tambah klip ke filem anda dalam iMovie pada Mac.
Transisi
Transisi: Masukkan tempoh lalai (dalam saat) bagi transisi yang digunakan pada klip dalam garis masa.
Fail Persembahan
Padam: Klik untuk mengeluarkan fail persembahan daripada pustaka terbuka anda, mengosongkan ruang storan. Media diimport tidak dikeluarkan.
Penting: Jika anda memadam fail persembahan semasa projek sedang dieksport, eksport mungkin mengambil masa lebih lama.