iMovie
Panduan Pengguna iMovie
- Selamat Datang
- Apakah iMovie?
Putar klip dalam iMovie pada Mac
Anda boleh memutar klip atau foto sebelum atau selepas menambahnya pada filem anda.
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau foto dalam pelayar atau garis masa.
Untuk menunjukkan kawalan pemangkasan, klik butang Pemangkasan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Putar klip ikut arah jam: Klik butang Putar Ikut Arah Jam di sebelah kanan kawalan pemangkasan.
Putar klip lawan arah jam: Klik butang Putar Lawan Arah Jam di sebelah kanan kawalan pemangkasan.
Untuk menggunakan perubahan, klik butang Guna dalam kawalan pemangkasan.
Untuk mereset semua pelarasan pemangkasan dan pemutaran, klik butang Reset.
Terima kasih atas maklum balas anda.