klip

Video, audio atau foto yang telah diimport ke dalam iMovie. Klip muncul dalam pelayar dan garis masa.

Klip yang dipilih dalam garis masa

Klip dalam iMovie dipautkan ke fail media sumber pada Mac atau peranti storan anda. Apabila anda mengubah suai klip, anda tidak mengubah suai fail media, hanya maklumat klip tersebut dalam iMovie. (Ini dikenali sebagai pengeditan tidak musnah.)