Eksport pratonton app dalam iMovie pada Mac
Anda boleh mengeksport pratonton app untuk mencipta fail QuickTime untuk digunakan dengan App Store. Anda boleh memuat naik fail ke App Store menggunakan App Store Connect. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat halaman web Pratonton App di tapak web Pembangun Apple.
Penting: Sebelum anda mengeksport, semak dengan App Store untuk menentukan keperluan terkini bagi tempoh masa, resolusi dan saiz pratonton aplikasi anda.
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih projek pratonton app dalam pelayar, atau buka projek dalam garis masa.
Untuk membuka pratonton app anda dalam garis masa, dwikliknya dalam paparan Projek.
Klik butang Kongsi dalam bar alat dan kemudian klik Pratonton Aplikasi.
Dalam dialog yang muncul, klik nama di bahagian atas dan kemudian taip nama baru untuk fail dieksport.
Klik Seterusnya.
Navigasi ke lokasi yang anda mahu menyimpan filem dan klik Simpan.
Penunjuk kemajuan muncul di sebelah kanan bar alat. Klik penunjuk kemajuan untuk melihat butiran. Penunjuk hilang apabila operasi telah selesai.
Selepas fail dieksport, pemberitahuan “Kongsi Berjaya” muncul.