E-melkan filem, treler, atau klip dalam iMovie pada Mac
iMovie boleh menyertakan filem, treler atau klip anda dalam e-mel menggunakan Mail, aplikasi e-mel macOS.
Apabila anda berkongsi filem, treler atau klip dalam e-mel, amaran akan muncul jika filem melebihi saiz lampiran e-mel maksimum yang disyorkan iaitu 10 MB.
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih filem, treler atau klip dalam pelayar.
Klik butang Kongsi dalam bar alat dan kemudian klik E-mel.
Dalam dialog yang muncul, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Setkan tajuk filem yang dikongsi: Klik nama di bahagian atas dan taipkan nama baru.
Setkan perihalan filem yang dikongsi: Klik dalam medan Perihalan dan taipkan teks baru.
Setkan tag bagi filem yang dikongsi: Klik dalam medan Tag dan taipkan nama tag yang dipisahkan dengan koma.
Setkan resolusi bagi filem dikongsi: Klik menu timbul Resolusi dan pilih pilihan.
Nota: Anda boleh mengeksport klip 4K atau filem dalam resolusi aslinya.
Klik Kongsi.
Penunjuk kemajuan muncul di sebelah kanan bar alat. Klik penunjuk kemajuan untuk melihat butiran. Penunjuk hilang apabila operasi telah selesai.
Selepas proses kongsi lengkap, filem muncul dalam e-mel draf dengan tajuk projek sebagai subjek e-mel. Pemberitahuan “Perkongsian Berjaya” turut muncul.