Laraskan warna klip dalam iMovie pada Mac
Terdapat beberapa cara untuk melaraskan warna klip dalam iMovie, daripada menggunakan pelarasan warna automatik cepat sehingga ke melaraskan bayangan, serlahan, kecerahan, kontras, ketepuan dan suhu warna.
Penting: Apabila anda melaraskan warna bagi julat, pelarasan akan digunakan pada keseluruhan klip.
Lakukan pelarasan warna automatik
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau julat dalam pelayar atau garis masa.
Untuk menunjukkan kawalan imbangan warna, klik butang Imbangan Warna.
Klik butang Auto.
Nilai warna klip dilaraskan secara automatik, mengeluarkan sebarang acuan warna dan memaksimumkan kontras. Butang Imbangan Warna dan Auto diserlahkan apabila anda memilih klip, untuk menunjukkan bahawa anda telah menggunakan pelarasan klip automatik.
Untuk mengeluarkan perubahan, klik butang Reset di sebelah kanan kawalan imbangan warna.
Padankan rupa satu klip dengan rupa klip lain
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau julat dalam pelayar atau garis masa.
Untuk menunjukkan kawalan imbangan warna, klik butang Imbangan Warna.
Klik butang Padankan Warna.
Imbas klip dalam pelayar atau garis masa untuk mencari bingkai yang mempunyai rupa yang anda mahu padankan.
Semasa anda mengimbas, pratonton klip padanan sumber muncul di sebelah kiri pemapar dan penuding bertukar menjadi penitis.
Klik klip padanan sumber untuk mengambil sampel.
Klip di sebelah kanan pemapar berubah untuk memadankan palet warna bagi klip padanan sumber.
Untuk menggunakan rupa baru, klik butang Guna di atas pemapar.
Untuk mengeluarkan perubahan, klik butang Batal . Untuk menyahaktifkan kesan buat sementara, seret gelangsar ke atas pemapar.
Betulkan klip yang ternyahwarna
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau julat dalam pelayar atau garis masa.
Untuk menunjukkan kawalan imbangan warna, klik butang Imbangan Warna.
Klik butang Imbangan Putih.
Dalam pemapar, cari bahagian bingkai yang sepatutnya kelihatan putih atau kelabu dan klik.
Warna dalam klip dibetulkan secara automatik, mengeluarkan sebarang acuan warna.
Untuk menggunakan perubahan, klik butang Guna di atas pemapar.
Untuk mengeluarkan perubahan, klik butang Batal . Untuk menyahaktifkan kesan buat sementara, seret gelangsar ke atas pemapar.
Betulkan warna klip berdasarkan ton kulit
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau julat dalam pelayar atau garis masa.
Untuk menunjukkan kawalan imbangan warna, klik butang Imbangan Warna.
Klik butang Imbangan Ton Kulit.
Dalam pemapar, cari bahagian bingkai yang menunjukkan bahagian muka atau kulit seseorang yang terdedah dan kemudian klik.
Ton kulit dalam klip dibetulkan secara automatik, mengeluarkan sebarang acuan warna.
Untuk menggunakan perubahan, klik butang Guna di atas pemapar.
Untuk mengeluarkan perubahan, klik butang Batal . Untuk menyahaktifkan kesan buat sementara, seret gelangsar ke atas pemapar.
Lakukan pelarasan warna secara manual
Dalam app iMovie pada Mac anda, pilih klip atau julat dalam pelayar atau garis masa.
Untuk menunjukkan kawalan pembetulan warna, klik butang Pembetulan Warna.
Kawalan pembetulan warna termasuk kawalan berbilang gelangsar, gelangsar Ketepuan dan gelangsar Suhu Warna.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan bayang: Seret gelangsar hitam dalam kawalan berbilang gelangsar.
Laraskan kecerahan: Seret gelangsar kelabu dalam kawalan berbilang gelangsar.
Laraskan kontras: Seret mana-mana satu gelangsar bulan separuh dalam kawalan berbilang gelangsar.
Laraskan serlahan: Seret gelangsar putih dalam kawalan berbilang gelangsar.
Laraskan ketepuan warna: Seret gelangsar Ketepuan.
Laraskan suhu warna: Seret gelangsar Suhu Warna.