Ubah suai transisi dalam iMovie pada iPad
Kesan transisi mempengaruhi rupa klip apabila satu klip berubah kepada yang lain. Secara lalai, iMovie memasukkan transisi antara setiap klip video dan foto dalam projek anda.
Anda boleh menukar transisi individu supaya ia mempunyai kesan visual yang berlainan dan anda juga boleh melaraskan tempoh transisi, sehingga maksimum 2 saat (jika klip sekitar adalah lebih panjang dari 2 saat).
Ubah suai transisi
Dengan projek anda terbuka, ketik ikon dalam garis masa untuk transisi yang anda ingin tukar.
Dalam pemeriksa di bahagian bawah skrin, ketik untuk memilih salah satu transisi berikut:
Tiada : Memotong dari satu klip kepada yang lain tanpa kesan.
Tema : Menggunakan kesan tersuai dari tema filem yang anda gunakan.
Lenyap silang : Satu klip lenyap ke dalam klip lain. Jika pilihan ini tidak tersedia, ini bermakna klip di kedua-dua belah transisi tidak cukup panjang untuk mencipta lenyap silang.
Slaid : Satu klip meluncur ke dalam klip yang lain dalam arah yang anda pilih. Pilih kiri ke kanan, kanan ke kiri, bawah ke atas atau atas ke bawah.
Sapu : Satu baris menyapu satu klip ke dalam yang satu lagi dalam arah pilihan anda. Pilih kiri ke kanan, kanan ke kiri, bawah ke atas atau atas ke bawah.
Pudar menerusi hitam atau pudar menerusi putih : Pilih pudar hitam atau putih dari satu klip kepada yang lain.
Ikon berubah untuk menunjukkan jenis transisi yang anda pilih.
Untuk menukar tempoh transisi berlaku, ketik tempoh yang ditunjukkan, kemudian ketik tempoh lain.
Tempoh yang tersedia ditentukan oleh panjang klip pada mana-mana belah transisi, sehingga maksimum 2 saat. Transisi potong () tidak mempunyai tempoh.
Ketik di luar pemeriksa untuk menutupnya.
Tambah kesan bunyi pada transisi
Setiap gaya transisi dalam iMovie datang dengan kesan bunyi gaya Hollywood untuk meningkatkan apa yang anda lihat. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan kesan bunyi untuk setiap transisi individu.
Dengan projek anda terbuka, ketik ikon dalam garis masa untuk transisi yang anda ingin tukar.
Dalam pemeriksa di bahagian bawah skrin, ketik butang Senyap untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan kesan bunyi (secara lalai, ia tidak aktif).
Untuk mendengar kesan bunyi, skrol garis masa untuk menempatkan penunjuk main sebelum transisi dan ketik butang Main dalam pemapar.
Ketik di luar pemeriksa untuk menutupnya.
Keluarkan transisi
Untuk mengeluarkan transisi daripada projek, anda cuma perlu menukarnya kepada Tiada, agar satu klip "memotong" terus ke klip seterusnya tanpa kesan visual tambahan.
Dengan projek anda terbuka, ketik ikon dalam garis masa untuk transisi yang anda ingin keluarkan.
Dalam pemeriksa di bahagian bawah skrin, ketik butang Tiada .
Ketik di luar pemeriksa untuk menutupnya.
Tambah pudar masuk atau pudar keluar
Anda boleh memberikan projek anda kemasan profesional dengan mengesetnya untuk pudar masuk dari hitam di permulaan atau pudar keluar ke hitam di hujung.
Dengan projek anda terbuka, ketik butang Seting Projek .
Ketik untuk mengaktifkan “Pudar masuk dari hitam” atau “Pudar keluar ke hitam.”
Apabila anda menambah kesan pudar masuk atau pudar keluar, ikon pudar masuk (dipaparkan di bawah, di sebelah kiri) atau ikon lenyap keluar (dipaparkan di bawah, di sebelah kanan), muncul di klip pertama atau terakhir dalam projek anda, dalam garis masa.
Ketik di luar seting projek untuk menutupnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menala halus titik transisi, lihat Pengeditan tala halus dalam iMovie pada iPad.
Untuk mengetahui cara membuat pengeditan audio lanjutan menggunakan editor kejituan, lihat Cipta edit terpisah dalam iMovie pada iPad.