![](https://help.apple.com/assets/5FA5CE6C0946225F74BB657F/5FA5CE6E0946225F74BB6586/ms_MY/094c3a02ad8c229f3a7c100e7f6ceb18.png)
Sesuaikan pilihan perkongsian dalam iMovie pada iPad
Anda boleh menyusun semula item atau mengesetkan item yang muncul dalam menu kongsi iMovie.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dari pelayar Projek: Ketik filem atau treler yang anda mahu kongsi.
Jika anda mengedit projek: Ketik Selesai (di penjuru kiri atas) untuk kembali ke skrin butiran projek, kemudian ketik filem atau treler yang anda mahu kongsi.
Ketik butang Kongsi
, ketik Lagi dari baris pilihan tengah, kemudian ketik Edit.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tunjukkan item: Ketik untuk mengaktifkannya.
Sembunyikan item: Ketik untuk menyahaktifkannya.
Tambah item ke Kegemaran: Ketik butang Tambah (+).
Keluarkan item daripada Kegemaran: Ketik butang Keluarkan (–).
Susun semula Kegemaran: Seret butang Susun Semula
untuk setiap item menu yang anda mahu alihkan.
Ketik Selesai.