Tambah muzik dan lagu tema dalam iMovie pada iPad
Anda boleh menambah sebarang jenis muzik latar belakang berikut pada projek filem:
Lagu tema dan muzik tema: iMovie disertakan dengan koleksi lagu tema yang melaras secara dinamik untuk memuatkan panjang projek anda. Lagu tema menyertakan muzik daripada tema iMovie yang anda boleh tambah secara berasingan daripada tema. Muzik tema berfungsi sama seperti lagu tema dan dilaraskan secara automatik untuk memuatkan projek anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tema, lihat Bekerja dengan tema dalam iMovie pada iPad.
Muzik: Anda boleh menambah lagu daripada app Muzik yang telah diselaraskan ke peranti anda menggunakan Muzik pada komputer anda.
Diimport: Anda boleh menambah lagu yang anda cipta dalam GarageBand, Logic Pro, atau app lain dan diimport ke dalam iMovie menggunakan iCloud Drive atau app Muzik pada komputer anda. (Untuk mengimport muzik latar belakang daripada iCloud Drive, lihat “Tambah muzik latar belakang atau audio lain daripada iCloud Drive,” di bawah.)
Klip muzik latar belakang berwarna hijau dalam garis masa. Jika anda menambah lagu yang kurang dari 1 minit, ia berkelakuan sama seperti kesan bunyi dalam projek dan berwarna biru dalam garis masa. Lihat Tambah kesan bunyi dalam iMovie pada iPad.
Lihat lagu tema atau muzik tema
Sesetengah lagu tema mungkin perlu dimuat turun (anda mesti mempunyai sambungan internet).
Dengan projek anda terbuka, ketik butang Tambah Media di penjuru kanan atas, kemudian ketik Audio di bahagian bawah pelayar media.
Ketik Lagu Tema.
Lagu tema yang perlu dimuat turun muncul dengan butang Muat Turun bersebelahan lagu tema. Ketik lagu tema untuk memuat turun. Selepas anda memuat turun lagu tema, anda boleh mengetik lagu tema untuk mempratonton.
Untuk memuat turun semua lagu tema, ketik butang Muat Turun di bahagian kanan atas.
Untuk menambah lagu tema, ketik lagu tema, kemudian ketik butang Tambah Audio yang muncul.
Untuk menambah muzik tema, skrol ke bawah pada bahagian Muzik Tema dalam senarai Lagu Tema.
Tambah muzik latar belakang yang disimpan pada peranti anda
Dengan projek anda terbuka, ketik Audio di bahagian bawah pelayar media.
Jika pelayar media tidak kelihatan, ketik butang Tambah Media di penjuru kanan atas, kemudian ketik Audio di bahagian bawah pelayar media.
Untuk mencari muzik yang diselaraskan sebelum ini ke peranti anda daripada komputer anda, ketik Muzik Saya.
Untuk mendengar muzik sebelum menambahnya, ketik item.
Untuk menambahkan muzik pada projek filem anda, ketik item, kemudian ketik butang Tambah Audio .
Petua: Jika anda mencipta video muzik dan mahu menjajarkan klip video pada titik khusus dalam muzik, tambah muzik latar belakang pada projek anda dahulu. (Jika muzik lebih pendek dari 1 minit, anda mesti menambah video pada projek sebelum anda menambah muzik.)
Secara lalai, iMovie menggelungkan muzik latar belakang secara automatik agar muat pada jangka masa filem anda. Anda boleh menambah berbilang lagu sebagai muzik latar belakang, tetapi iMovie menyusunnya secara automatik untuk memainkan satu lagu pada satu masa. Anda juga boleh melaraskan panjangnya secara manual jika anda mahu.
Tambah muzik latar belakang atau audio lain daripada iCloud Drive
Dengan projek anda terbuka, skrol garis masa agar penunjuk main (garis menegak putih) muncul di tempat anda mahu tambah lagu atau klip audio tersebut.
Jika penunjuk main berada pada klip sedia ada, klip baru ditambah sebelum atau selepas klip sedia ada, yang paling hampir dengan penunjuk main.
Ketik Audio di bahagian bawah pelayar media.
Jika pelayar media tidak kelihatan, ketik butang Tambah Media di penjuru kanan atas, kemudian ketik Audio di bahagian bawah pelayar media.
Ketik iCloud Drive dalam senarai kategori.
Dalam anak tetingkap iCloud, navigasi ke folder yang mengandungi audio yang anda mahu gunakan.
Ketik nama lagu atau klip audio yang anda mahu tambahkan, kemudian ketik butang Tambah Audio .
Nota: Lagu yang kelihatan malap atau ditandakan Tidak Tersedia perlu dimuat turun ke peranti anda untuk digunakan dalam iMovie. Gunakan app Muzik atau iTunes untuk memuat turun lagu daripada iCloud, atau gunakan Finder atau iTunes pada komputer anda untuk menyelaras lagu daripada pustaka muzik anda. Jika lagu pada peranti anda masih kelihatan tidak tersedia, ia mungkin dari jenis yang tidak dapat digunakan dalam iMovie. Contohnya, lagu yang dilindungi oleh pengurusan hak digital tidak dapat digunakan dalam iMovie.