Cipta projek treler dalam iMovie pada iPad
Dalam iMovie, anda boleh mencipta treler filem berkualiti profesional menggunakan video dan foto anda sendiri.
Untuk mencipta projek treler, anda perlu memilih templat treler terlebih dahulu. Anda boleh memilih antara beberapa genre—contohnya, kisah cinta atau superhero—dengan grafik dan muzik tema yang sepadan.
Jika anda berada dalam seting kelas dan menggunakan iPad yang disediakan sebagai iPad Dikongsi, projek anda disimpan dalam iCloud Drive secara automatik dan bukan pada iPad.
Nota: Untuk institusi pendidikan yang menggunakan iPad Dikongsi, iMovie direka untuk digunakan oleh pelajar yang melog masuk pada satu iPad sahaja pada satu masa.
Dalam pelayar Projek, ketik butang Cipta , kemudian ketik Treler.
Ketik untuk memilih templat treler iMovie (dalam orientasi landskap, skrol untuk melihat lebih banyak templat).
Untuk mempratonton templat yang dipilih, ketik butang Main di bawah pemapar.
Jangka masa treler muncul di penjuru kanan bawah pemapar. Bilangan barisan pelakon yang dimuatkan treler, jika ada, muncul dalam penjuru kiri bawah.
Ketik Cipta di penjuru kanan atas untuk mencipta treler dengan templat yang dipilih pada masa ini.
Untuk menambah video dan foto pada treler anda, lihat Tambah klip ke treler dalam iMovie pada iPad. Untuk menambah tajuk dan kredit, lihat Tambah tajuk ke treler dalam iMovie pada iPad.